"couple"
perkataan yang aku sangat anti sekarang. -may not permanently ok! haha
aku akui terlampau banyak benda aku lalui kalau cakap pasal couple. best tak best, tu belakang cerita. yang penting, pengalaman.
banyak mengajar aku hubungan sesama manusia, halal dan haram dan mengenali hati budi orang.
perasaan bila bercinta?
memang superb best!! (macam ko takkan jumpa orang lain sebaik dia dah!) -orang tengah bahagia macam tu la kan..
susah senang janji bersama. ko susah, aku tolong, ko happy, kongsi sama-sama, ketawa, ambil gambar (tu wajib!), dan banyak benda la yang kita buat bersama pasangan.
mula-mula aku tak terfikir pun nak terjebak dalam kegiatan bercouple ni. tapi nak buat macam mana, remaja, suka sangat nak cuba benda baru kan. dah tak fikir dah baik buruk kalau dah nekad.
couple pertama~
muda setahun jagung lagi dah gatal kan aku ni.. haha
orang mintak couple, ngap terus je terima.. padahal main-main je.. cinta monyet~
tak ke mana.. aku je yang over.. sedih~
bila fikirkan semula memang rasa diri ni bodoh.. tapi,, best!
aku nekad, aku marah sangat-sangat. aku mintak couple dengan dia balik. (niat dah tak baik)
"awak.. terima kasih..."
"sama-sama..harap-harap tak jadi macam dulu ye.."
<aku ketawa="" bila="" dengar="" dia="" cakap="" camtu.=""></aku>
mulanya. seronok tapi dia pulak yang start over. call-call aku. mesej, merajuk kalau aku tak balas.
<whatever></whatever>
aku. heartless. siapa suruh ko start sakitkan aku dulu..>
tak lama lepas tu, aku dengar cerita tak best.
"dia tu memang ada ramai jantan"
<sampai kat="" telinga="" nipis="" aku=""></sampai>
wah, wah, wah...
sedap je fitnah aku belakang ye... lagi menyirap darah..
malam tu~ (call)
"awak, kita putus je k!"
"kenapa??"
"saya memang tak suka orang fitnah saya kat belakang"
<dia tahu="" tu="" memang="" salah="" dia=""></dia>
"saya tahu awak dengar pasal tu... tapi tu dulu.. sekarang saya dah percaya awak.. saya mintak maaf.."
"terima kasih, awak banyak ubah diri saya"
<aku terus="" letak="" tepon=""></aku>
aku memang dah start benci dia, dalam kelas, memang aku dah tak tengok dia senyum dan ketawa.
<aku suka="" dia="" sebab="" cute="" bila="" ketawa="" dan="" sangat="" manja=""></aku>-ape la korang kisah.
dia macam nak lepak kat meja akumacam biasa, tapi aku,, mengelak~
gi mampos la kau.. ~dalam hati
couple kedua~
aku serik dah waktu ni, dan dia, jadi mangsa. maaf...
dia cuba jaga hati aku, selalumintak maaf walaupun dia langsung tak buat salah. ape boleh buat. aku memang tak sedar pasal perasaan sebenar dia..
main hati~
aku selalu buat tak tahu je kalau dia cakap pasal perasaan dia kat aku.
perkataan aku selalu sebut,
"oyeke..."
takpun,
"hehehe, thanks awak.."
aku memang tak ambil kisah apa yang nak dari aku.
satu hari~
dia mendiamkan diri. aku tak kisah sangat, tak lame lepas tu, baru aku perasan. aku call dia <tanda risau=""></tanda>
OFF.
aku call sekali je,
dua kali,
tiga kali,
berkali-kali.
tak berjawab.
berhari-hari.
berbulan.
thats it.
memang dia dah berjaya buat aku rasa terikat dengan dia.
<mencarut sorang="" aku=""></mencarut>
tak lama lepas tu, ada kawan aku call.
nervous~
"aku ada satu benda nak bagitahu"
"apa"
"aku mintak sangat-sangat ko jangan menangis, please!"
"ok"
"aku mintak maaf, aku cuma sampaikan sebab twin yang suruh, aku tak sampai hati"
(twin- kembar pasangan aku tu)
"cakap jela"
"........ dah takde. dia pergi dua minggu lepas, maafkan aku, maafkan dia jugak"
<aku terdiam=""></aku>
"ko tak tipu aku kan??"
(cuba deny perasaan)
"apa aku dapat kalau cakap soal mati??"
<terdiam></terdiam>
(airmata menitis - tak leh nak cover ego dah)
"aku mintak maaf"
"ko sial"
<aku letak="" phone=""></aku>
saat ni, hanya Tuhan yang tahu perasaan aku. memang sakit, perit. terikat.
aku tahu cinta pada Ilahi lagi penting. tapi aku tak dapat terima kenyataan yang aku dajh hilang dia. end~
aku macam hilang punca. semangat nak study, semnagt nak dapatkan yang terbaik untuk diri dan family, memang dia dah bawak pergi. runtuh ego aku. aku tak dapat tahan airmata lagi~
12.08malam
"assalamualaikum"
"wa'alaikumussalam w.b.t..."
"wahhh.. macam ustazah!!"
"hehe. mana ada... biasa2 je.."
"awak.. happy birthday!!!"
<aku sendiri="" lupa="" birthday="" aku="" hari="" tu=""></aku>
"eh! lambat lagi la.. sekarang baru berapa hari bulan.."
"bengong! 28 la hari ni!!"
"what???"
"happy birthday again!!!"
"hehe.. thanks.."
(waktu ni aku memang happy tak terkata, masih ada yang sayang aku)
aku tetap ingat ayat ni dan masih terngiang-ngiang.
maaf....
aku hanya mainkan perasaan ko...
tak lama lepas tu, aku sedar, aku sayang dia. -ceh! jiwang.
aku macam takleh terima orang lain. ~hati
tapi aku tetap couple, dan terus mainkan hati orang. puas~
jauh dalam hati- aku takkan lupa dia.
aku stop kerja kotor tu bila aku teringat balik orang-orang nasihat aku,
"jangan, nanti ko akan kena balik"
-padahal aku dah puas dah kena.. bukan sekali dua...
lantak...
sekarang, dah 5 tahun berlalu. dia pergi, dan aku, entah~
aku couple selepas dia tu, semua tak kekal. memang tak. mungkin takkan.
aku dapat belajar kat sini, aku dah serik dan malas lagi nak hurt orang. aku taknak jadi balik kat orang lain. taknak!~
*sesiapa yang terbaca, membaca dan dibaca memang akan rasa diri aku teruk. haha. aku tak kisah. persepsi orang. siapa aku untuk ubah. hanyalah fiksyen campur real. terima kasih.~
No comments:
Post a Comment